Wednesday 29 August 2012

Pengenalan Kepada Lampin Kain Moden @ Cloth Diapers



Cloth diaper (CD) merupakan lampin kain moden yang amat selesa dan praktikal untuk anak anda. Ia sesuai digunakan dari bayi baru lahir sehingga berusia 3 tahuni dan boleh dicuci semula. Material yang digunakan pada bahagian luar CD ialah Polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor.

Lapisan dalam CD ini dijahit dengan poket khas menggunakan material microfleece untuk memudahkan anda memasukkan pelapik khas (insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi selama 3 hingga 4 jam penggunaan. Microfleece amat lembut digunakan ke atas kulit bayi, berkebolehan untuk menarik air ke lapisan bawah secara efektif dan menjadikan kulit bayi kekal kering semasa memakai CD (wicking properties), breathable, senang dicuci dan stain-resistant.

Setiap helai CD dibekalkan dengan 2 insert yang diperbuat daripada microfiber yang tinggi daya serapan dan  mudah dibersihkan. CD ini boleh dicuci dengan menggunakan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.

Insert


Bahagian dalam CD



Ini gambar Khaira memakai CD ketika berusia 4 bln...tgh bljr nak meniarap...

Ni pulak Khaira masa berumur 1 thn 5 bln



No comments:

Post a Comment